Visi, Misi dan Objektif : MRSM Gerik

 

VISI

Menjadikan MRSM Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Yang Inovatif Dan Bertaraf Dunia

 

MISI

Menyediakan Pelajar Bumiputera Yang Berpotensi Tinggi Dalam Semua Bidang Terutamanya Dalam Bidang Sains Dan Teknologi

 

OBJEKTIF

Maktab Rendah Sains MARA( MRSM ) ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 , bertujuan memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan Pra-Universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi.

Matlamat kurikulum di MRSM ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik, keseimbangan sahsiah, kecenderungan usahawanan dan kecergasan fizikal untuk mengujudkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka, sihat, luas dan mendalam serta mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.