Perutusan Pengetua

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata di dalam ruangan Laman Web Rasmi MRSM Gerik ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Unit Komputer & Multimedia kerana telah berjaya membina laman web rasmi ini untuk MRSM Gerik, Perak.

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, laman web ini diharapkan dapat memberi pendedahan tentang pentingnya menguasai bidang teknologi maklumat dalam Era Globalisasi kepada semua warga maktab.

Selain pendedahan tersebut, diharapkan laman web rasmi ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak luar khususnya kepada ibu bapa pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara dalam talian.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman web rasmi MRSM Gerik ini.

Sekian, terima kasih.

En. Ammar bin Ab Rahman
Pengetua
MRSM Gerik